3 Safar 1448 H | Jumaat, 17 Julai 2026
Soalan Lazim Peta Laman Maklum Balas |
|
Mufti Melaka
Utama / Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Dengan izin Allah, Jabatan Mufti Negeri Melaka berusaha untuk memenuhi keperluan pelanggan seperti berikut:

1
Pertanyaan bertulis (Fatwa)

Pertanyaan bertulis yang diterima daripada pelanggan tentang sesuatu isu yang memerlukan pandangan hukum syara'/fatwa akan dijawab/diberi maklum balas dalam tempoh 14 hari dari tarikh pertanyaan diterima.

Sasaran maklum balas: 14 hari
2
Permohonan Jawatankuasa Fatwa

Permohonan bagi mendapatkan pandangan/ulasan Jawatankuasa Fatwa mengenai sesuatu isu akan dijawab/diberi maklum balas dalam tempoh 14 hari selepas mesyuarat bersidang.

Sasaran maklum balas: 14 hari selepas mesyuarat
3
Pengeluaran sijil tauliah

Sijil Tauliah Mengajar Agama/Al-Qur'an Negeri Melaka akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya dalam tempoh 14 hari selepas sijil yang diterima oleh jabatan ditandatangani oleh Pengerusi Majlis.

Sasaran pengeluaran: 14 hari selepas ditandatangani
4
Pelanjutan / Pembaharuan

Permohonan Pelanjutan Tempoh/Pembaharuan Sijil Tauliah Mengajar Agama/Al-Qur'an Negeri Melaka akan diproses dan disampaikan kepada pemohon dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima.

Sasaran pemprosesan: 14 hari
5
Temu duga Pegawai Syarak

Temu duga bagi calon Pegawai Syarak Negeri Melaka akan dilaksanakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh tamat kursus kepada calon.

Sasaran pelaksanaan temu duga: 30 hari
6
Jawapan lawatan rasmi

Surat jawapan kepada pelanggan mengenai permohonan lawatan rasmi ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi akan disampaikan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh terima permohonan.

Sasaran maklum balas: 7 hari bekerja
7
Data hisab & jadual

Data-data hisab mengenai penetapan awal bulan-bulan Islam, takwim dan jadual waktu solat, jadual waktu berbuka puasa dan imsak akan disahkan pada masa yang ditetapkan.

Disahkan pada masa yang ditetapkan
8
Penentuan arah kiblat

Permohonan penentuan atau penyemakan arah kiblat akan dilaksanakan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan.

Sasaran perkhidmatan: 30 hari bekerja
9
Tayangan planetarium

Tayangan planetarium akan ditayangkan tepat pada masanya seperti di dalam jadual tayangan yang telah disahkan.

Tepat masa mengikut jadual
10
Permohonan maklumat

Permohonan mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan hal ehwal Jabatan dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi akan diproses dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh terima.

Sasaran pemprosesan: 7 hari bekerja
11
Aduan ICT

Aduan mengenai perkhidmatan ICT yang dikendalikan oleh pihak jabatan akan diambil tindakan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.

Sasaran tindakan: 7 hari bekerja
12
Pembaca doa majlis rasmi

Permohonan perkhidmatan pembaca doa bagi majlis-majlis rasmi Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Swasta akan dijawab dalam tempoh 7 hari sebelum majlis diadakan.

Sasaran maklum balas: 7 hari sebelum majlis
13
Baucer bayaran

Semua baucer bayaran akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan tuntutan.

Sasaran pemprosesan: 14 hari bekerja
14
LPO & Pesanan Perkhidmatan

Surat Pesanan Pembelian Tempatan (LPO) dan Pesanan Perkhidmatan (Service Order) akan diuruskan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan pembelian yang lengkap.

Sasaran pemprosesan: 7 hari bekerja
Nota
Piagam perkhidmatan ini menerangkan komitmen jabatan kepada pelanggan. Untuk pertanyaan, penjelasan atau penghantaran permohonan, sila hubungi Jabatan Mufti Negeri Melaka melalui saluran rasmi.
Jumlah komitmen
14
standard perkhidmatan