Menyediakan khidmat ICT dan Komunikasi Jabatan Mufti Negeri Melaka.
OBJEKTIF
Menjadikan Jentera Pentadbiran Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi sebagai suatu jentera pentadbiran yang termoden, produktif, cekap dan berkesan dalam menjalankan fungsi-fungsinya dengan memanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta sistem maklumat berkaitan.
Mewujudkan penyelarasan dengan Unit IT Negeri untuk melaksanakan dasar IT Negeri ke arah e-Kerajaan.
Menjalin kerjasama dengan institusi agama negeri dan persekutuan serta IPT dalam bidang IT.
Mempastikan semua masjid di Negeri Melaka memiliki prasarana IT yang melibatkan infrastruktur dan sistem maklumat pengurusan masjid yang efektif, komprehensif dan sofistikated.
Memberi perkhidmatan latihan asas teknologi maklumat kepada anggota Jabatan Mufti Negeri Melaka dan pengurusan masjid negeri Melaka.
AKTIVITI
Mengurus / Menyelenggara Rangkaian Data / Sistem-Sistem Aplikasi Jabatan.
Mengurus dan Memantau Program e-masjid Negeri Melaka.
Mengurus dan Menyelenggara Perkakasan Server, Komputer, 'Networking' dan Seluruh Sistem Maklumat JMM.
Mengurus, Menyelenggara dan Memantau Portal al-azim.com dan laman web masjid.
Mengkaji, Membangun dan Melaksana Sistem Maklumat Baru Untuk Kegunaan Jabatan.
Urusan Pemasukan Data Ke Dalam Sistem
Mengurus rekabentuk grafik dan persembahan multimedia berdasarkan keperluan Jabatan
Urusan Menyediakan Laporan Teknikal Berhubung IT Jabatan.
Mengurus dan Menyelaras Kursus, Bengkel, Seminar, Konvensyen Berkaitan.
Menyediakan Garis Panduan / Khidmat Nasihat Kepada Kakitangan Jabatan Berhubung ICT.
Mengurus Ceramah dan Cerapan 'Online' Jabatan
Mengurus dan Menyelaras Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan
Tambahkan @muftimelaka.gov.my selepas nama pengguna yang dipaparkan untuk mendapatkan alamat e-mel sebenar.