Pengenalan
Ilmu falak atau astronomi adalah merupakan suatu ilmu yang mengkaji mengenai asal usul, pergerakan, saling tindak dan sifat-sifat objek samawi dan alam semesta. Ilmu falak syarie mengkaji dalam ruang lingkup yang sama tetapi mempunyai matlamat yang akhirnya mentauhidkan pencipta alam ini, ALLAH S.W.T.
Visi
- Menjadikan Kompleks Falak Al-Khawarizmi sebagai sebuah institusi yang berwibawa dalam masyarakat demi memartabatkan ilmu Falak.
Misi
- Memartabatkan semula ilmu falak melalui pendidikan, penyelidikan dan pelancongan ke dalam masyarakat.
Objektif
- Memupuk kesedaran akan kepentingan ilmu falak (Astronomi) di dalam masyarakat.
- Menyokong dan menjana usaha-usaha ke arah menggalakkan perkembangan ilmu falak.
- Membantu perkembangan ilmu falak melalui penyelidikan terhadap aspek-aspek falak yang mempunyai hubungkait dengan ibadat dan kehidupan.
- Menggalakkan penyebaran ilmu falak ke dalam masyarakat melalui aktiviti pelancongan.