3 Safar 1448 H | Jumaat, 17 Julai 2026
Soalan Lazim Peta Laman Maklum Balas |
|
Mufti Melaka
Utama / Berita & Siaran Media / Program Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan anjuran Jabat…
Berita · 19 May 2026

Program Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka Bersama Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah & Hospital Melaka

BUKIT PALAH, 19 Mei - Suasana di Bangunan Pusat Islam Melaka dipenuhi dengan kehadiran warga Agensi Agama Islam Negeri Melaka yang hadir menjayakan Program Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Mufti Negeri Melaka bersama Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah & Hospital Melaka yang berlangsung bermula jam 9.00 pagi.

Program tersebut diadakan sebagai usaha meningkatkan kesedaran berkaitan kepentingan penjagaan kesihatan serta menggalakkan budaya menderma darah dalam kalangan penjawat awam. Sambutan yang diterima juga amat memberangsangkan apabila ramai mengambil peluang menjalani pemeriksaan kesihatan dan menyertai kempen derma darah yang disediakan.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan tahap gula dalam darah serta khidmat nasihat kesihatan kepada para peserta yang telah diperiksa oleh Pegawai Kesihatan. Penganjuran program seperti ini diharap dapat menyemai amalan hidup sihat di samping memupuk semangat prihatin dan tanggungjawab sosial dalam membantu golongan yang memerlukan bekalan darah.

← Semua Berita