BUKIT PALAH, 20 Nov - Telah berlangsung Perjumpaan YB Exco Agama, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Kos Sara Hidup bersama Agensi-Agensi Agama dan Anak Syarikat bertempat di Bilik Mesyuarat MAIM.
Sesi perkenalan dan perbincangan ini diadakan susulan pelantikan baharu YB Datuk Rais bin Md Yasin sebagai Exco Agama, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Kos Sara Hidup serta YB Datuk Abdul Hakim bin Abdul Wahid sebagai Timbalan Exco Agama, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Kos Sara Hidup.
Turut hadir ialah Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka, bersama barisan pimpinan dan wakil daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) serta Jabatan Mufti Negeri Melaka (JMNM).
Sesi ini menjadi ruang awal untuk memperkukuh hubungan kerja, penyelarasan serta muafakat antara agensi-agensi agama demi kelancaran pelaksanaan urusan hal ehwal Islam di Negeri Melaka.
Galeri Imej
WhatsApp Image 2026-11-20 at 11.13.09 AM (1).jpeg
WhatsApp Image 2026-11-20 at 11.13.09 AM (2).jpeg
WhatsApp Image 2026-11-20 at 11.13.09 AM.jpeg
WhatsApp Image 2026-11-20 at 11.13.08 AM (2).jpeg
WhatsApp Image 2026-11-20 at 11.13.08 AM.jpeg
WhatsApp Image 2026-11-20 at 11.13.08 AM (1).jpeg
WhatsApp Image 2026-11-20 at 11.13.07 AM (3).jpeg
WhatsApp Image 2026-11-20 at 11.13.07 AM (2).jpeg
WhatsApp Image 2026-11-20 at 11.13.07 AM (1).jpeg
WhatsApp Image 2026-11-20 at 11.13.07 AM.jpeg
WhatsApp Image 2026-11-20 at 11.13.06 AM.jpeg