3 Safar 1448 H | Jumaat, 17 Julai 2026
Soalan Lazim Peta Laman Maklum Balas |
|
Mufti Melaka
Utama / Berita & Siaran Media / Bengkel Penyediaan dan Semakan Takwim dan Jadual Solat 1448…
Berita · 12 March 2026

Bengkel Penyediaan dan Semakan Takwim dan Jadual Solat 1448H/2026-2027M Peringkat Negeri Melaka

MELAKA, 10 Mac – Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka dan Jabatan Agama Islam Melaka telah mengadakan Bengkel Penyediaan dan Semakan Takwim dan Jadual Solat 1448H/2026-2027M Peringkat Negeri Melaka  bertempat di Courtyard by Marriott, Bukit Cina, Melaka.

​Bengkel yang dikendalikan oleh Ustaz Hardi bin Mohd Sadali ini memfokuskan kepada ketepatan zon waktu solat dan sempadan negeri Melaka. Selain itu, perbincangan turut menyentuh isu teknikal melibatkan waktu Syuruk dan Dhuha bagi memastikan umat Islam di Melaka mendapat panduan waktu ibadah yang paling tepat dan terkini. Penyusunan takwim hijriah 1448H adalah berdasarkan kriteria Imkanur Rukyah yang telah ditentukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

​Langkah proaktif ini penting bagi memastikan takwim yang bakal diterbitkan nanti sentiasa dikemas kini mengikut data astronomi yang sahih. Program ini diakhiri dengan sesi semakan data intensif para peserta di lokasi yang sama.

← Semua Berita