9 Safar 1448 H | Khamis, 23 Julai 2026
Soalan Lazim Peta Laman Maklum Balas |
|
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Utama / Mufti Ketiga Negeri Melaka

Mufti Ketiga Negeri Melaka

← Senarai Mufti
Datuk Syeikh Haji Mohd Yunus bin Haji Mohd Yatim (Almarhum)
Mufti Ketiga

Datuk Syeikh Haji Mohd Yunus bin Haji Mohd Yatim (Almarhum)

16 Ogos 1979 – 28 Februari 1996
Tarikh Lahir21 Disember 1929M / 19 Rejab 1348H
Tempat LahirKampung Kandang, Batu 5, Melaka

Pendidikan

Bermula di Sekolah Melayu Kandang hingga Darjah Enam, kemudian Sekolah al-Khairiyah Air Molek (setahun) dan Sekolah al-Nuriyah Paya Rumput, Sungai Udang (dua tahun). Meneruskan pelajaran di Sekolah al-Masyhor Pulau Pinang (dua tahun) sebelum menyambung pengajian di Universiti al-Azhar, Mesir selama enam tahun, memperoleh Ijazah al-Aliyah (B.A) dan al-Alamiyah (M.A) dalam bidang Syari’ah dan Qanun.

Kerjaya

Berkhidmat sebagai Kerani Seranta di Melaka pada tahun 1959. Dilantik sebagai Kadi Tetap pada tahun 1968, memangku jawatan Kadi Besar Melaka pada tahun 1972, dan dilantik sebagai Kadi Besar Wilayah Persekutuan pada tahun 1974 selama enam tahun.

Dilantik sebagai Mufti Negeri Melaka yang ketiga pada 16 Ogos 1979. Bersara pada tahun 1984 dan menyambung secara kontrak sebagai Mufti Negeri Melaka hingga 28 Februari 1996. Beliau juga anggota Majlis Agama Islam Melaka dan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka.

Sumbangan

Banyak mengajar agama di masjid seluruh Negeri Melaka di samping memberi ceramah di merata tempat termasuk Johor dan Wilayah Persekutuan. Beliau turut menghasilkan banyak tulisan berbentuk rencana dan risalah agama.

Anugerah

Dianugerahkan dua Darjah Kebesaran Persekutuan iaitu Kesatria Mangku Negara (KMN) dan Johan Setia Mahkota (JSM), serta Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk.