9 Safar 1448 H | Khamis, 23 Julai 2026
Soalan Lazim Peta Laman Maklum Balas |
|
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Utama / Mufti Kedua Negeri Melaka

Mufti Kedua Negeri Melaka

← Senarai Mufti
Tuan Haji Hassan bin Haji Abu Bakar (Almarhum)
Mufti Kedua

Tuan Haji Hassan bin Haji Abu Bakar (Almarhum)

10 Jun 1960 – 5 Februari 1979
Tarikh Lahir1908M / 1328H
Tempat LahirKampung Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah, Melaka

Pendidikan

Bermula di Sekolah Melayu Melaka. Seawal usia 14 tahun beliau menyambung pelajaran di Sekolah Pondok Bunut Payong, Kelantan antara tahun 1922 hingga 1927, dan berguru dengan Tok Kenali. Beliau tergolong antara 9 anak murid Tok Kenali yang menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri.

Melanjutkan ilmu agama di Makkah al-Mukarramah pada tahun 1927 selama 6 tahun, berguru dengan Tuan Guru Husin al-Yamani, Syeikh Mokhtar al-Atarrid Bogor, Syeikh Haji Omar Sembawa dan Syeikh Hassan al-Yamani.

Kerjaya

Dilantik sebagai Mufti Negeri Melaka yang kedua secara rasmi pada 10 Jun 1960M / 15 Zulhijjah 1379H dan memegang jawatan selama 19 tahun, sempena penubuhan Majlis Agama Islam Melaka.

Sumbangan

Selepas pulang dari Makkah pada tahun 1933, beliau membuka madrasah di Kuala Sungai Baru bernama Madrasah al-Falah, yang kemudian ditukar kepada Madrasah al-Hasaniah pada tahun 1937 sempena namanya sebagai pengasas. Madrasah itu menerima pelajar dari merata tempat termasuk Indonesia (Jambi dan Lingga) dan dibina di atas tanah wakaf miliknya bersama sahabatnya, Hj. Muhammad Belimbing. Pada tahun 1993, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengambil alih pengurusannya dan kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama JAIM Darul Falah.

Beliau menjadi Imam di Masjid Kuala Sungai Baru dan banyak mengajar agama di masjid seluruh Negeri Melaka. Semasa menjawat jawatan Mufti, beliau turun sendiri ke lapangan menentukan sempadan kariah antara Masjid Serkam dan Masjid Serkam Darat bagi memudahkan urusan Solat Jumaat, pernikahan dan kematian setempat.

Anugerah

Dianugerahkan pingat Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka.

Tarikh Meninggal Dunia

Kembali ke rahmatullah pada 6 Februari 1979M / 8 Rabiul Awwal 1399H pada usia 71 tahun. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Kampung Pantai, Kuala Sungai Baru, Melaka.